Saturday, January 16, 2010

BIO AURA WATER SYSTEM




INFO KESIHATAN (AIR)
1. Kualiti air minuman mempunyai impak secara langsung kepada kesihatan kita. 70 % daripada badan kita terdiri daripada air (H2O).
2. Air memainkan peranan penting dalam banyak fungsi badan terutamanya :
· Detoksifikasi, melincirkan sendi-sendi, menyokong sistem penghadaman, mengawal suhu badan dan menghantar nutrien dan oksigen ke se-sel badan.
3. Dari manakah sumber air paip kita? Kebanyakan sumber-sumber air kita (sungai, tasik, empangan) telah dicemari dengan bahan-bahan kimia dan toksik yang berbahaya. Klorin ditambah ke dalam air untuk membunuh mikroorganisma dan bakteria namun ia tidak menyingkirkan semua bahan pencemar. Penghakisan paip lama (karat) terus mencemarkan air dengan mikroorganisma, sista, plumbum, asbestos dan tembaga.
4. Adakah kita sedang meminum air tercemar tanpa kita sedari? Air tercemar bukan semestinya kelihatan keruh tetapi banyak bahan pencemar menyelinap ke dalam air yang kelihatan jernih.
5. Terdapat 5 jenis bahan pencemar dalam air:
i) Biologikal (Bakteria, parasit, virus) – Menurut Bank Dunia, 88% daripada semua penyakit di dunia berpunca daripada air minuman yang tidak selamat. Setiap tahun masalah yang berkaitan dengan air 4 billion kes cirit-biri yang menyebabkan kematian lebih daripada 6 juta kanak-kanak. (CNN, Dis 2007)
ii) Bukan organik (Plumbum, Nitrat, Arsenik, Asbestos, Debu, Mendapan) – Arsenik adalah beracun kepada semua sel hidup dan akan menyebabkan kanser paru-paru, hati, buah pinggang dan pundi kencing. Paras nitrat yang tinggi menyebabkan “Sindrom Bayi Biru” yang mengurangkan keupayaan darah membawa oksigen. Plumbum berbahaya kepada perkembangan otak janin dan menyebabkan masalah buah pinggang & tekanan darah tinggi.
iii) Bukan Organik (Racun perosak, racun rumpai, bahan kimia perindustrian)-Menurut “Earth Day Network”, 14 juta penduduk A.S kini secara malarnya minum air yang dicemari oleh racun rumpai karsinogenik.(CNN, Dis 2007).
iv) Produk Sampingan Disinfeksi(Trihalometana, Kloroform)-Risiko kanser di kalangan orang yang minum air berklorin adalah 93% lebih tinggi daripada golongan yang minum air tanpa klorin.(U.S Council of Environment Quality)
v) Bahan-bahan farmaseutikal(Ubat-ubatan)-Penggunaan ubatan berakhir dalam tandas kerana tidak dapat dimetabolisme oleh badan atau dibuang dengan sengaja.
6. Adakah kita sedang memusnahkan buah pinggang kita? Lebih 1,700 liter darah ditapis melalui buah pinggang kita setiap hari. Pengambilan air yang berkualiti rendah boleh membebankan buah pinggang kita yang mungkin mengakibatkan :
· Penyakit buah pinggang, Kanser pundi hempedu dan batu karang buah pinggang.
7. Untuk membantu mencegah masah buah pinggang, kita memerlukan sebuah sistem penulenan air yang menghasilkan H2O sempurna sahaja.
8. Pada hari ini, memiliki sebuah sistem penulenan air bukan satu kemewahan, tetapi ia satu keperluan.

1 comment:

  1. Saya ada byk unit Penapis Air Bio Aura NEW nak jual murah.Stok saya dan member2 yg masuk bisnes MLM Hai-o tp tak dpt cari downline.skrg amat perlukan duit sbb dah berenti main MLM ni dan ingin buat bisnes lain

    JUALAN RUGI BESAR...RUGI 21K!!!!!

    NEW STOK DARI STOKIS HAI-O!!!!

    Harga RM 500 shj

    harga asal RM 2080

    Berminat call/sms 019-4728996 (cikgu wan)

    *Barang baru dari stokis full box dan original
    *Warranty 1 tahun drp Hai-O marketing (ada warranty card)
    *penghantaran dan pemasangan percuma utk lembah klang_luar pos laju
    *saya agen dan pengedar berdaftar dgn hai-o

    ReplyDelete